Dua pekerja warga asing menutup muka ketika dikumpulkan untuk pemeriksaan oleh anggota Imigresen Pahang dalam operasi membanteras Pati di Kuantan, awal padi Selasa. -fotoBERNAMAKUALA LUMPUR: Kira-kira 1,565 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan oleh pihak berkuasa di bawah Ops Sepadu, yang bermula tengah malam tadi.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada Selasa, status 6,149 pendatang asing diperiksa di 107 pusat operasi seluruh negara. Mereka yang ditahan termasuk 695 warga Indonesia, 225 Bangladesh dan 157 dari Myanmar.