KUALA LUMPUR: Surat tunjuk sebab berhubung kes menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan baru-baru ini telahpun diserahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk tindakan lanjut.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Khamis berkata surat tunjuk sebab itu diterima daripada Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor Muhammad Rizuan Suhaimi.
Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan bila surat tersebut diterima.
"Terpulang kepada Lembaga Disiplin apakah tindakan yang akan diambil...sama ada pecat atau tindakan lain yang sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Kamalanathan sebelum ini dilaporkan ditumbuk Muhammad Rizuan di pejabat wakil rakyat itu selepas satu program dianjurkan di kawasan berkenaan. - BERNAMA