suria

Wisma Putra Keluarkan Nasihat Perjalanan Ke Bangkok

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihat supaya menangguhkan atau mengelak melawat Bangkok berikutan situasi yang semakin meruncing di ibu negara Thailand itu.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pihak kementerian sedang memantau situasi itu.

"Dengan mengambil kira situasi semasa, kementerian menggesa semua rakyat Malaysia supaya menangguhkan atau mengelak melawat Bangkok pada ketika ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Turkmenistan Rashid Meredov di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar di sini Rabu.

Setakat ini, sembilan orang dilaporkan terbunuh dan hampir 600 orang cedera sejak insiden keganasan meletus pada 30 Nov tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Lain