suria

Zahid Minta Anak Perempuannya Tidak Terlibat Dalam Politik

KAJANG: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah meminta anak perempuannya, Nurul Hidayah untuk tidak untuk terlibat dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang, selepas anaknya yang berusia 35 tahun itu menyatakan minat untuk bertanding.

"Dia benar-benar mengada - ngada lah! Dia tidak sepatutnya terlibat dalam politik," seloroh beliau.

Beliau berkata Nurul Hidayah merupakan ahli Umno di kawasannya di Bagan Datoh tetapi menetap di Kajang.

"Kalau macam itu saya rasa dia kena menukar alamat," kata Zahid ketawa.

Ahmad Zahid menambah jika Barisan Nasional memutuskan untuk bertanding, kerusi DUN Kajang ditetapkan untuk MCA dan perlu dihormati.

"Jika kita membuat keputusan untuk meletakkan calon di sana, kita tidak akan memberi kemenangan mudah kepada Anwar. Kita tahu, secara logiknya, dengan majoriti 6,800 undi akan sukar untuk menang tetapi ia tidak mustahil jika orang Kajang memutuskan mereka mahu perubahan dalam wakil mereka," kata beliau.

Zahid berkata pilihan raya kecil itu akan menjadi peluang kepada parti pemerintah untuk menghantar mesej kepada kerajaan Selangor yang diterajui pembangkang dan mencadangkan bahawa calon itu akan memberi perhatian terhadap "pembangunan dan masalah sosial" di Kajang. "

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan bahawa Nurul Hidayah telah menyatakan minat untuk menjadi calon BN bagi PRK Kajang tetapi berkata terpulang kepada kepimpinan untuk membuat keputusan.

“Saya tidak boleh komen lebih-lebih, masih dalam perbincangan.

"Hasrat itu ada, saya percaya mereka yang rasa dirinya layak juga berhasrat perkara sama. Apa-apa pun terserah pada pucuk pimpinan parti,” katanya dalam laporan tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain