suria

AirAsia X Gantung Perkhidmatan Ke Maldives Kuat Kuasa 1 Mac

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsia X, menggantung perkhidmatannya ke Male, Maldives, berkuat kuasa 1 Mac 2014.

Memberi alasan keadaan perniagaan yang mencabar sebagai sebab, syarikat penerbangan itu berkata dalam satu kenyataan pada Selasa, ia akan mengekalkan laluannya ke Colombo, Sri Lanka dan mengendalikan empat penerbangan seminggu ke ibu negara itu dari Kuala Lumpur mulai 2 Mac.

AirAsia X menawarkan kepada pelanggan yang telah menempah penerbangan selepas tarikh itu, bayaran balik sepenuhnya atau pertukaran ke destinasi AirAsia X yang lain atau membuat tempahan semula untuk penerbangan balik sebelum 28 Februari.

Semua perubahan yang dibuat tidak akan melibatkan tambahan kos bagi mengurangkan ketidakselesaan yang timbul akibat pindaan itu dan pelanggan yang terlibat akan menerima e-mel menyatakan pilihan yang tersedia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain