suria

Ketua Pegawai Pelaburan KWAP Meninggal Dunia Di Pejabat

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) Ahmad Norhisham Hassan meninggal dunia pada Isnin selepas rebah dan tidak sedarkan diri di pejabatnya di sini.

KWAP dalam satu kenyataan berkata Allahyarham Ahmad Norhisham, 46, meninggalkan isteri Suzila Kusnen dan empat anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan.

Jenazah dibawa ke kediamannya di Shah Alam, Selangor.

Allahyarham yang berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang pendapatan tetap dilantik sebagai ketua pegawai pelaburan KWAP pada 1 April tahun lepas.

Allahyarham juga merupakan anggota lembaga pengarah Jambatan Kedua Sdn Bhd. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain