suria

Beri Anwar Pengajaran - Liow

KAJANG: Rekod Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani isu-isu pendidikan memperlihatkan 'watak' sebenar pemimpin pembangkang itu, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut Liow, Anwar diingati sebagai Menteri Pelajaran yang menindas pendidikan Cina dan mencetuskan Operasi Lalang pada 1987.

Liow berkata Anwar tidak asing kepada masyarakat Cina terutamanya di Kajang di mana kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong bergiat aktif.

Beliau berkata Anwar yang dinamakan sebagai calom Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mula membuat pelbagai janji untuk memancing undi.

Sebagai contoh Liow berkata, Anwar tiba-tiba menunjukkan kebimbangan mengenai isu tanah Dong Zong iaitu sesuatu perkara yang dielakkan Anwar selama ini.

"Ini adalah Anwar Ibrahim dan rakyat perlu memberikannya satu pengajaran terhadap kerosakan yang dilakukannya termasuk sikapnya untuk terus membuat janji-janji kosong," kata Liow selepas melawat pasar Sungai Chua di sini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain