Beliau berkata, walaupun jumlah itu kecil namun ia jelas menunjukkan kematangan rakyat Malaysia.
"Ada yang menulis untuk memaklumkan kepada Kerajaan bahawa mereka tidak lagi layak mendapat bantuan kerana gaji mereka telah melebihi dari paras kelayakan, dan ada juga mereka yang layak tetapi masih memilih untuk tidak menerima bantuan itu.
"Ini adalah luar biasa dan dipuji kerana ia tidak mudah bagi sesiapa sahaja untuk menolak bantuan, terutama apabila seseorang itu berkelayakan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
"Mungkin terdapat beberapa kes yang kita mungkin terlepas pandang.
"Oleh itu, saya menggesa orang ramai untuk membantu kami dalam menentukan individu-individu ini dengan membuat laporan supaya kita boleh mengambil tindakan.
"Kami tidak mahu melihat wang pembayar cukai jatuh ke tangan yang tidak sepatutnya," kata beliau sambil menambah bahawa mereka yang layak tetapi masih belum menerima bantuan itu juga perlu mengemukakan rayuan.
Ahmad Husni juga memberitahu bahawa Johor mendahului bilangan penerima BR1M tahun ini, dengan 14.1% daripada tujuh juta permohonan yang berjaya.
Ini diikuti Selangor dan Perak dengan masing-masing 12.4% dan 10.2%.