suria

Putrajaya, Selangor Setuju Struktur Semula Industri Air

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi penstrukturan semula industri bekalan air Selangor di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Rabu.

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan dan Selangor pada Rabu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menstrukturkan semula industri air di Selangor.

Langkah berkenaan juga dilihat sebagai membuka laluan kepada pelaksanaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) yang tertangguh sejak 2010.

MoU tersebut ditandatangani di bangunan Perdana Putra di sini.

Kerajaan Persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sementara Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis berkenaan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain