suria

Tahlil Memperingati Tragedi Di Tanduo Sabtu Ini

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk wira-wira Ops Daulat di Masjid Al-Raudah dekat sini pada Sabtu ini.

Pegawai Urus Setia penganjur ACP Sulaiman Hussain berkata majlis itu antara lain bertujuan memperingati anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam memerangi pengganas Sulu di Tanduo dan Kampung Simunul, Semporna.

Katanya majlis itu bermula jam 12 tengah hari dan dijangka berakhir jam 2 petang.

"Masyarakat sekitar Lahad Datu dipelawa menjayakan program murni ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sulaiman, Pegawai Bahagian Keselamatan dan Ketenteraan Esscom, berkata antara tetamu dijangka hadir ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal, Anggota Parlimen Silam Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Adun Tungku Datuk Mohd Suhaili Said.

Menurutnya pengorbanan anggota keselamatan dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu itu tidak akan dilupakan dan tetap diingati seluruh rakyat negara ini.

tahlil tanduo, esscom

Artikel Sebelum

Artikel Lain