suria

Anwar Failkan Rayuan Hukuman Penjara

Anwar pada Isnin memfailkan rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadap beliau pada Jumaat lalu.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim  memfailkan rayuan terhadap hukuman meliwat yang dikenakan terhadap beliau pada Isnin.

Ketua pembangkang itu bersama peguambelanya, Ramkarpal Singh memfailkan notis rayuan di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan pada pukul 10.30 pagi.

Ramkarpal berkata, Anwar akan hadir ke pejabat pendaftaran mahkamah sebelum pukul 1 petang untuk menandatangani kertas ikat jamin beliau.

Jaminan bagi menangguhkan hukuman terhadap Anwar dibuat oleh pembantunya, Ibrahim Yaacob pada pukul 10.30 pagi.

Pada Jumaat, Anwar yang merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Berikutan itu, Anwar yang turut dinamakan sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Kajang bertindak mencalonkan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon dalam pilihan raya berkenaan sebagai ganti.


Mahkamah Rayuan, PKR, Anwar Ibrahim

Artikel Lain