suria

Banduan Lari Penjara Pulau Pinang Ditangkap

Phang Ruey Shang melarikan diri ketika melakukan tugas pembersihan di luar kawasan Penjara Pulau Pinang. - fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Seorang banduan yang melarikan diri dari Penjara Pulau Pinang Rabu lepas, ditahan semula di Machang Bubuk, Bukit Mertajam dekat sini awal Isnin.

Lelaki yang dikenali sebagai Phang Ruey Shang, 42, itu ditahan pukul 2.15 pagi di rumah anggota keluarganya, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah.

"Banduan yang lari ketika melakukan tugas pembersihan di luar kawasan penjara itu, difahamkan bersembunyi di beberapa lokasi sebelum pulang ke rumah anggota keluarganya," katanya.

Beliau berkata lelaki itu yang menjalani hukuman penjara sejak Januari atas kesalahan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi kini direman selama lima hari.

Lelaki yang juga dikenali sebagai Ah Beng itu dilapor hilang selepas membersih longkang dengan lima lagi rakan banduan lain kira-kira pukul 12 tengah hari dan tindakannya hanya disedari ketika warden mahu mengumpul semula banduan untuk dibawa pulang ke penjara.

Artikel Berikut

Artikel Lain