Fiera Syafieqa Shamsudin, 20, dan Amir Hassan Bakri, 26, didakwa membunuh Nur Ain Ariana Abdullah, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Perkasa pada 4.30 petang, 3 Mac lepas.
Sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fairuz Abidah Ismail kedua-dua tertuduh mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan.
Mahkamah menetapkan kes itu disebut semula 9 April.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hidayah Ismail manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.