suria

MH370: Polis Siasat Empat Sudut Kemungkinan

Tan Sri Khalid Abu Bakar

SEPANG: Polis sedang melakukan siasatan terhadap empat kategori dalam usaha untuk mengetahui kemungkinan punca yang membawa kepada kehilangan penerbangan MH370.

"Kami sedang melihat empat kemungkinan: rampasan, sabotaj, masalah psikologi para penumpang dan anak kapal dan masalah peribadi di kalangan penumpang dan anak kapal," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media di Hotel Sama - Sama, beliau berkata polis sedang melihat semua sudut dan mengkaji corak tingkah laku mereka yang berada di dalam pesawat.

Khalid berkata pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Hadi Ho Abdullah akan mengetuai pasukan penyiasat yang akan memberi tumpuan kepada empat sudut ini.

Beliau berkata polis di sini tidak menerima sebarang risikan yang dapat dikaitkan dengan hal keganasan terhadap penerbangan MH370.

Khalid berkata beliau telah bertemu pegawai Biro Keselamatan Awam China pada Selasa dan memberi profil semua 153 warga China yang berada di atas kapal terbang.

Apabila ditanya mengapa polis tidak memberi tumpuan kepada bidang-bidang seperti masalah mekanikal dan kemungkinan kesilapan juruterbang, Khalid berkata ini akan dipertanggungjawabkan kepada Lapangan Terbang Malaysia Holding Berhad (MAHB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

"Pemberatan yang sama akan diberikan kepada semua (faktor) sehingga kami menyelesaikan siasatan kami. Ia masih terlalu awal untuk mengumumkan hasil kajian," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain