"Saya telah meminta taklimat diadakan lagi hari ini dengan pasukan SAR. Kita akan berusaha tanpa henti dengan kerjasama antarabangsa untuk mencari MH370," katanya melalui laman Twitter, Rabu.
Pada Selasa Najib menghadiri satu taklimat selama kira-kira 90 minit yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman di Pusat Keselamatan Koordinasi Aeronautika di Pusat Kawalan Trafik Udara DCA di Subang.
Dalam catatan Twitternya, Najib juga berkongsi gambar semasa taklimat itu yang diambil bersama pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Azharuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi Sabtu.