Pegawai tanah, Mohd Firdaus Ibrahim, 29, pemandu kenderaan, Mohamed Yusmi Mohamed Yusof, 34, dan pembantu penguat kuasa Muhammad Thoriq Muhamad Rom, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Al-Razak (Rasa D'Utara), Lot 2459, Batu 17, Kundang, Rawang, Selangor, 1.05 tengah hari pada 13 Jun 2012.
Mereka didakwa menerima wang itu daripada Elly Azly Mohd Zain, 41, sebagai dorongan tidak menahan lori yang membawa tanah merah dari kawasan penambakan tanah di Kundang, Rawang.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kassim manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.