KUALA LUMPUR: Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai laporan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu merentasi Lautan Hindi, kata kerajaan pada Jumaat. Bagaimanapun, kerajaan tidak akan mendedahkan maklumat secara terbuka sehingga ia disahkan, kata Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan. Fokus usaha pencarian kini beralih dari Laut China Selatan selepas Rumah Putih berkata 'maklumat baharu' menunjukkan pesawat mungkin terjunam ke barat Lautan Hindi. Menurut kenyataan itu, beberapa pegawai AS berada di Malaysia sejak Ahad lalu untuk membantu siasatan berhubung misteri kehilangan pesawat tersebut. Dua tompokan minyak dijumpai di Laut China Selatan pada 13 Mac, 60 batu nautika selatan lokasi terakhir pesawat tersebut sebelum terputus hubungan. Tompokan pertama telah dianalisis dan didapati mengandungi kesan kecil bahan api pesawat, tetapi tiada serpihan ditemui di kawasan tersebut. Tompokan pertama itu dipercayai tiada kaitan dengan pesawat yang hilang itu. Tompokan kedua sepanjang 3 kilometer, bukan dari minyak pesawat, menurut kenyataan itu. Tentera Udara India turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 dan sedang melakukan pencarian di luar pantai barat Semenanjung Malaysia. Malah Vietnam masih terlibat dalam operasi tersebut. Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan sebuah kapalnya untuk digerakkan ke Lautan Hindi bagi melakukan pencarian di sana berikutan laporan pesawat tersebut sering menghantar beberapa siri isyarat 'ping' selepas hilang dari radar. Mengulas mengenai kehadiran 'bomoh' di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kenyataan itu menyebut: 'Kami ingin tegaskan bahawa kerajaan atau mana-mana agensinya tidak terlibat dengan kehadiran bomoh di lapangan terbang itu. - The Straits Times/ANN