Senarai itu berkuat kuasa 1 April 2014 hingga 31 Mac 2015.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Mohamad Nasir Ab Latif berkata skim itu membenarkan ahli menggunakan sebahagian simpanan mereka dalam Akaun 1 untuk melabur dalam dana unit amanah yang diluluskan melalui IPD, di mana KWSP mengkaji semula senarai itu setiap tahun berdasarkan satu set kriteria penilaian yang menumpukan kepada prestasi konsisten setiap dana seperti yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
"Proses penilaian semula kelayakan dana tersebut dijalankan bersama Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia yang mewakili industri unit amanah," katanya dalam satu kenyataan.
Sehingga 31 Dis 2013, seramai 744,139 ahli telah menyertai skim ini dengan jumlah bersih RM29.48 bilion dilaburkan dengan IPD yang diluluskan, katanya.
Senarai dana boleh didapati di laman web, http://www.kwsp.gov.my/portal/en/web/kwsp/member/members-savings-investment-withd