PETALING JAYA: Laporan portal berita Bangladesh berhubung penemuan mayat berhampiran Teluk Bengal yang didakwa penumpang penerbangan MH370 merupakan spekulasi semata-mata. Pegawai di Kedutaan Bangladesh di sini, M. Abul Bashar berkata, mayat yang ditemui merupakan warga Bangladesh dan bukan dikalangan penumpang penerbangan MH370. Portal berita tazakhobor.com baru-baru ini melaporkan nelayan dan penduduk tempatan menemui sekurang-kurangnya 20 mayat yang tidak dikenali terapung di sepanjang Sungai Meghna di muara Teluk Bengal. Gambar mayat itu kemudiannya telah imuat naik ke laman web berkenaan. Menurut portal tersebut individu yang ditemui dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari sebelum ditemui kerana keadaan mayat telah reput. Portal berkenaan juga mendakwa mayat-mayat tersebut merupakan penumpang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Sungai Meghna selain itu turut terkenal dengan kemalangan feri yang mengorbankan ratusan nyawa setiap tahun.