suria

PRK Balingian: Pertandingan Satu Lawan Satu BN-PR

Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil DUN Balingian Sarawak, Yossibnosh Balo (kanan) bersama calon PKR, Abdul Jalil Bujang pada penamaan calon di Dewan Suarah di Mukah, Isnin. Foto BERNAMA

MUKAH: Pilihan raya kecil (PRK) Balingian akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Calon BN Yussibnosh Balo dari Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) menyerahkan borang pencalonannya pada kira-kira pukul 9 pagi Isnin, diikuti oleh calon PR, Abdul Jalil Bujang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada pukul 9.12 pagi.

Yussibnosh dicadangkan oleh Ardyman Matan@Henry dan disokong oleh Fauziah Adeni, manakala pencadang dan penyokong Jalil masing-masing adalah Matek Geram@Maxi dan Basri Bahari.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 13,366 pemilih berdaftar di Balingian.

Beratus-ratus penyokong BN dan PR berarak ke Dewan Suarah di sini, yang hadir kira-kira 10 minit sebelum penamaan calon dibuka pada pukul 9 pagi.

Antara yang mewakili BN ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Manakala dari PR adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Artikel Lain