suria

Anwar Kutuk Spekulasi Kaitkan Zaharie Dengannya

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengutuk spekulasi bahawa kehilangan pesawat yang dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah yang merupakan ahli partinya bermotifkan sabotaj politik.

Menyifatkan Zaharie sebagai "lelaki baik", Anwar berkata, spekulasi mengaitkan juruterbang yang bertanggungjawab dalam misteri kehilangan pesawat 370 adalah tindakan bagi memburukkan lelaki itu dan pimpinan pembangkang di Malaysia.

Tumpuan siasatan kehilangan penerbangan  MH370 beralih kepada Zaharie dan pembantunya Fariq Abdul Hamid kerana mereka dilihat bertanggungjawab mengalihkan arah pesawat yang sepatutnya ke Beijing, China ke sesuatu arah yang belum dapat dikenalpasti.

Pada masa sama laporan media pula menjurus kepada Zaharie kerana dia dilihat sebagai aktivis politik yang pro kepada Anwar dan mungkin telah bertindak melakukan sabotaj bagi membalas dendam politik apabila pemimpinya dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu.

Zahrie dilaporkan menghadiri perbicaraan kes Anwar pada petang Jumaat sebelum berlepas pada awal pagi Sabtu menberusi penerbangan MH370.

"Adakah menjadi satu kesalahan untuk sesiapa sahaja menjadi ahli Keadilan? Bagi saya ia merupakan satu cubaan untuk memesongkan ketidakcekapan kerajaan," Anwar memberitahu AFP.

"Saya tidak mengambil laporan berita itu sebagai sesuatu yang serius tetapi terpaksa bercakap kerana simpati terhadap keluarga juruterbang terbabit," katanya.

"Misteri kehilangan MH370 bukan sahaja mencerminkan ketidakcekapan rejim pemerintah tetapi sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab," jelasnya.

MH370, Anwar Ibrahim, MAS

Artikel Berikut

Artikel Lain