PETALING JAYA: Balu vokalis dan gitaris kumpulan Nirvana, Kurt Cobain iaitu Courtney Love menerusi laman tweeternya mendakwa menemui kesan minyak yang dipercayai milik pesawat MH370. Pemuzik terkenal Amerika Syarikat itu juga turut membuktikan teorinya dengan gambar di perairan yang didakwa mempunyai kesan minyak. Courtney menerusi tweeternya pula berkata, really? (benar) look closer? (pandang lebih dekat) check it out (periksanya) @DR24 #MH370 and its like a mile away Pulau Perak, where they "last" tracked it (ia kelihatan beberapa batu dari Pulau Perak di mana kali terakhir dikesan). Pada status Facebook Courtney pula tertulis "Saya tidak pakar tetapi dengan pandangan dekat ianya kelihatan seperti pesawat dan minyak." "Berdoalah kepada keluarga #MH370 dan lokasi itu kelihatan beberapa batu dari Pulau perak, tempat di mana kali terakhir dikesan 5°39’08.5″N 98°50’38.0″E," katanya bagi memberi sokongan kepada usaha mengesan penerbangan MH370. Courtney mendakwa gambar tersebut telah diambil menerusi satelit pada 12 Mac lalu. Laporan berita antarabangsa mengenai status Courtney pula menceritakan bahawa misteri kehilangan MH370 bukan sahaja membingungkan rakyat Malaysia dan China tetapi masyarakat seluruh dunia. Pihak berkuasa Malaysia kini masih mengesan misteri kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sejak 8 Mac lalu.