suria

Latar Belakang Penumpang MH370 Diperiksa Diterima Kecuali Dari Rusia Dan Ukraine

Gambar hiasan.

SEPANG: Pihak berkuasa Malaysia menerima latar belakang yang diperiksa terhadap kesemua penumpang pesawat MH370 dari semua negara berkaitan, kecuali Rusia dan Ukraine, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Kami menerima latar belakang individu penumpang yang diperiksa, dari semua negara kecuali Ukraine dan Rusia yang mana mempunyai rakyatnya di dalam pesawat tersebut. Setakat ini tiada maklumat yang penting dalam mana-mana penumpang ditemui," kata Hishammuddin pada sidang media di sini, Rabu.

Seramai 239 penumpang dan anak kapal dengan kewarganegaraan berbeza menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac lalu.

Pesawat itu, yang hilang dari radar Malaysia pada pukul 2.15 pagi hari yang sama membawa warga China, Malaysia, Australia, New Zealand, Perancis, Amerika Syarikat, Ukraine, Kanada, Rusia, Taiwan dan Belanda.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa penumpang, juruterbang dan anak-anak kapal masih tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Demi keluarga mereka, saya meminta kita mengelakkan daripada sebarang spekulasi yang tidak perlu, yang mungkin membuat keadaan sekarang semakin sukar," kata Hishammuddin.

Artikel Lain