Abbott memberitahu Parlimen mengenai maklumat 'baharu dan boleh dipercayai itu' pada hari ke-13 pesawat MH370 dilaporkan hilang.
Beliau tidak menyatakan secara terperinci lokasi tersebut tetapi Australia bertanggungjawab untuk melakukan pencarian di selatan Lautan Hindi.
"Pihak berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat berdasarkan imej satelit berkaitan objek yang mungkin ada kaitan dengan pencarian itu.
"Berdasarkan analisis pakar mengenai imej itu, dua objek itu mungkin ada kaitan dengan pencarian itu berjaya dikenalpasti," katanya.