suria

MH370: Objek Mungkin Ekor Pesawat

Kawasan Lautan Hindi yang menjadi lokasi satu objek ditemui seperti yang diumumkan pihak Australia pagi Khamis.

KUALA LUMPUR: Salah satu objek yang ditemui oleh pihak berkuasa Australia di Lautan Hindi mungkin ekor pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ketua penyiasat pesawat Air France 447 yang terhempas, David Gallo, memberitahu CNN,"jika ia bahagian kapal terbang yang besar, itu mungkin bahagian ekor."

Pengurus Besar Lembaga Keselamatan Maritim Australia, John Youn berkata, imej yang dirakam agak kurang jelas, tetapi kepanjangan 24 meter itu merupakan saiz yang menusabah.

"Keadaan laut yang bergelora mungkin menyebabkannya ditolak ke atas dan kebawah serta membuatkan imej sebenar susah untuk dirakam," katanya.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan penemuan itu kepada Dewan Rakyat di Canberra pada Khamis.

Penemuan dan pengumuman itu bukan sahaja memberikan kejutan kepada semua pihak tetapi diharap dapat memberikan petunjuk.

MH370, MAS, Australia, CNN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain