Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata walapun PBS yang ditambah baik akan bermula 1 April, sesi penerangan tetap perlu diadakan.
Disebabkan ada perkara baharu, kena juga buat sesi penerangan, katanya ketika ditemui pemberita di majlis sepetang beliau bersama guru di sini Rabu.
Kira-kira 500 guru dari kawasan Hulu Langat hadir di majlis itu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, berkata para guru tidak perlu lagi menyertakan eviden dan hanya menyimpan data secara 'offline'.
Pelaksanaan PBS dikritik pelbagai pihak termasuk golongan pendidik sendiri kerana dilihat membebankan guru.