Menurut kenyataan Kedutaan Jepun di sini malam ini, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe menyatakan demikian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbualan telefon kira-kira 10 minit pada 5.30 petang Jumaat.
Abe juga melahirkan rasa bimbangnya mengenai pesawat itu yang masih belum ditemui walaupun operasi SAR telah diperluaskan, kata kenyataan itu.
Beliau turut menyatakan penghargaannya terhadap kepimpinan Najib dalam menangani situasi sukar itu dan memaklumkan kesediaan Jepun untuk terus menyokong usaha Najib.
Abe juga meminta Najib supaya membuat permintaan lanjut kepada Jepun jika memerlukan sebarang kerjasama lain memandangkan Jepun mempunyai hubungan
istimewa dengan Malaysia.
Abe menyatakan beliau bersedia menghulurkan bantuan sebagai sahabat Najib dan meminta Perdana Menteri Malaysia itu memaklumkan sebarang permintaan bantuan yang diperlukan.
Kenyataan Kedutaan Jepun itu menyatakan Najib turut menzahirkan rasa terima kasihnya kepada Abe di atas kata-kata semangat itu.
Najib berkata bantuan Jepun yang menggembleng pesawatnya dalam operasi mencari pesawat itu adalah amat dihargai oleh Malaysia dan ia sangat membantu usaha itu.