suria

AMSA Arah Enam Pesawat Cari MH370 Pada Sabtu

Salah seorang pegawai Tentera Udara Diraja Australia kawasan pencarian MH370.

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) pada Sabtu mengerahkan enam pesawat untuk menyertai operasi mengesan pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.

AMSA dalam satu kenyataan di sini, berkata sebuah pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berlepas kira-kira 9 pagi (waktu Australia Timur) sementara dua pesawat komersial perjalanan jarak jauh berlepas pada 9.15 pagi.

"Pesawat kedua P3 Orion RAAF dijadual berlepas pada 11 pagi, manakala P3 Orion milik New Zealand pula pada pukul 1 tengah hari, dan pesawat ketiga P3 Orion RAAF dijangka terbang keluar pada 3 petang," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu disebabkan jarak perjalanan pergi balik ke lokasi pencarian yang jauh, pesawat P3 Orion yang terbabit hanya mempunyai masa pencarian selama dua jam.

Pesawat komersial perjalanan jarak jauh pula mempunyai masa pencarian kira-kira lima jam, kata kenyataan itu.

Selain itu, dua kapal dagang sudah berada di kawasan pencarian sementara kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Success dijangka tiba lewat petang ini.

"Empat boya penanda yang digugurkan di kawasan pencarian awal minggu ini masih menghantar data mengenai pergerakan air ke AMSA," kata kenyataan itu. 

Pesawat Boeing 777-200ER yang dalam penerbangan ke Beijing bersama-sama 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lepas. 

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

AMSA, MH370, P3 Orion, RAAF, Australia, New Zealand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain