Menrutnya, pengundi seharusnya mengambil kesempatan untuk keluar mengundi di awal pagi bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.
Beliau ditemui ketika melawat pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Jalan Gereja di sini, Ahad.
Mengiringi beliau ialah Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa.
"Inilah masalah pilihan raya kecil. Tapi saya harap pengundi keluar awal," katanya.
PRK Kajang menyaksikan Wan Azizah bertanding menentang Barisan Nasional (BN) menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal dicalonkan bertanding selepas dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun.
Wan Azizah berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.