suria

PRK Kajang: Nasib Chew, Wan Azizah Ditentu Hari Ini

Chew (kiri) dan Dr Wan Azizah ketika hari penamaan calon.
KAJANG: Sejumlah 38,055 pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih bagi memilih wakil rakyat yang baharu.

Selepas 12 hari tempoh berkempen yang tamat pada tengah malam Sabtu, nasib dua calon wanita yang bertanding dalam saingan satu lawan satu kini berada di tangan pengundi.

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sementara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding mewakili partinya.

Sebanyak 15 pusat mengundi yang dibuka seawal pukul 8 pagi disediakan bagi proses pengundian biasa PRK Kajang.

Proses pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan PRK Kajang akan mula diketahui seawal pukul 9 pagi.

PRK Kajang diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas.

Pada PRU-13, 5 Mei lalu, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Artikel Lain