Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan penggantungan itu lewat malam Selasa melalui Twitter, menyatakan bahawa penggantungan itu dibuat sementara menunggu siasatan terhadap pegawai berkenaan telah melanggar dasar syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani memberi jawapan penjelasan kepada Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan yang memberi komen terhadap 'post' Fernandes bahawa penggantungan itu diberikan bukan kerana dasar syarikat tetapi sebagai 'arahan khusus' berdasarkan sensitiviti persekitaran mengenai penerbangan MH370.