Ketibaan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Pangkalan Udara Villamor, Pasay City pada 1 tengah hari disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman serta pegawai kanan kerajaan Malaysia dan Filipina.
Malaysia dan Filipina dalam zon waktu yang sama.
Perdana Menteri dijadual menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu bersama-sama Presiden Filipina Benigno Aquino III sebelum menghadiri jamuan malam yang dihoskan oleh Aquino di Istana Malacanang.
Najib dan Rosmah dijadual berlepas pulang ke tanah air malam ini.