"Persoalan mengenai penubuhan RCI atau PSC telah dibincangkan oleh kerajaan.
"Kami telah bersetuju untuk membentuk sama ada RCI atau PSC, tetapi jika selepas kotak hitam pesawat dijumpai," katanya pada Khamis, menjawab soalan dibangkitkan oleh Anthony Loke Siew Fook mengenai cadangan untuk membentuk PSC di Dewan Rakyat.
Tambahnya, mencari kotak hitam adalah yang paling penting memandangkan kerajaan sedar mengenai laporan negatif media asing terhadap Malaysia dan umat Islam.
Lim Kit Siang (DAP - Gelang Patah) menggesa Shahidan, yang bertanggungjawab terhadap Parlimen mengkaji semula keputusannya dan segera menubuhkan badan siasatan tanpa perlu menunggu kotak hitam.
"Jadi, adakah ini bermakna tidak ada keperluan untuk menubuhkan RCI atau PSC jika kotak hitam tidak dijumpai?"
"Kita tidak boleh menunggu dan satu badan mesti dibentuk untuk menjawab semua persoalan berbangkit mengenai dalam MH370," katanya.
Datuk Bung Mokhtar Radin (BN- Kinabatangan) mempertahankan pendirian kerajaan dengan mengatakan adalah sia-sia untuk membahaskan isu-isu itu jika kotak hitam tidak dijumpai terlebih dahulu.