suria

Cuaca Baik, Operasi Cari MH370 Disambung Semula Jumaat

Pesawat Ilyushin IL-76. Foto EPA

PERTH: Satu pencarian udara di selatan Lautan Hindi disambung semula pada Jumaat, yang cuba untuk mengesahkan sekiranya ratusan objek dikesan oleh satelit merupakan serpihan dari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dianggap terhempas setelah hilang selama hampir tiga minggu.

Sebuah pesawat China, Ilyushin IL -76 berlepas dari Perth sebelum subuh, menuju 2,500 kilometer barat daya ke kawasan pencarian di mana keadaan angin kencang dan cuaca sejuk telah menghentikan operasi pada Khamis.

Pesawat MH370 yang hilang dari skrin radar kurang satu jam selepas ia berlepas dari Kuala Lumpur dalam penerbangannya ke Beijing pada 8 Mac lalu, telah menggemparkan dunia dan membingungkan para penyiasat.

Para pegawai percaya seseorang di dalam pesawat MH370 mungkin menutup sistem komunikasi pesawat sebelum diterbangkan beribu-ribu batu menyimpang dari laluan penerbanganya sehingga ke lautan yang merupakan salah satu kawasan yang paling terpencil dan bahaya.

Beberapa teori berkaitan terdiri daripada rampasan untuk mensabotaj atau kemungkinan niat salah seorang juruterbang untuk membunuh diri, tetapi para penyiasat tidak menolak kemungkinan berpunca dari masalah teknikal.

Zon carian pusat mengenai imej yang dilihat kemungkinan bangkai pesawat diambil oleh satelit Thai dan Jepun di kawasan yang sama dengan imej awal dilaporkan oleh Peancis, Australia dan China.

"Kami mengesan objek terapung, mungkin lebih 300 objek kesemuanya," kata Anond Snidvongs, ketua agensi pembangunan teknologi angkasa Thailand kepada Reuters

"Kita tidak pernah mengatakan bahawa serpihan itu merupakan sebahagian daripada MH370 tetapi setakat ini ia hanya dikesan sebagai objek terapung," katanya.

Artikel Lain