suria

Polis Yakin Proses Pengundian DUN Balingian Lancar

Khalid Abu Bakar.

MUKAH: Polis yakin proses pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Balingian pada Sabtu akan berjalan lancar susulan kawalan keselamatan rapi yang disusun di semua pusat mengundi dan penjumlahan undi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, selain menempatkan anggota di semua lokasi strategik, polis juga meletakkan anggota tambahan dalam keadaan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan. 

"Sehingga sekarang polis tidak menerima sebarang laporan (insiden tidak diingini) daripada mana-mana parti politik semasa tempoh berkempen, dan saya yakin keadaan ini akan berterusan sehingga esok," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah, di sini Jumaat.

Terdahulu beliau menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Omar Bakhtiar Yaacob. Hadir sama Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman.

Dalam amanatnya kepada anggota dan pegawai polis yang bertugas semasa pilihan raya itu pada Sabtu, Khalid mengingatkan mereka agar menjalankan tugas sebaik mungkin serta tidak terperangkap dengan provokasi pihak tertentu.

"...kalau ada provokasi yang menggunakan kata-kata, sabar sahaja, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri," katanya.

Pada Sabtu, 13,233 pemilih biasa akan mengundi bagi menentukan wakil rakyat baharu mereka sama ada calon Barisan Nasional Yussibnosh Balo atau calon PKR Abdul

Jalil Bujang.
Khalid Abu Bakar, PRK Balingian

Artikel Lain