suria

Anwar Menang Jawatan Presiden PKR Tanpa Bertanding?

Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir pasti menang tanpa bertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu Mei ini.

Pencalonan Anwar dicadang oleh bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dan disokong Timbalan Bendahari Agung, Low Chee Chong.

Anwar bagaimanapun tidak hadir menyerahkan borang pencalonan di Ibu Pejabat PKR yang mula dibuka seawal pukul 10 pagi Sabtu.

Dijangkakan pencalonan Anwar bagi jawatan Presiden tidak akan ditentang.

Ketika ini jawatan Presiden PKR disandang isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Difahamkan Wan Azizah tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu kali ini.

Wan Azizah menang tanpa bertanding jawatan itu sejak penubuhan PKR pada 1999.


Artikel Berikut

Artikel Lain