suria

Tukang Masak Rentung Dalam Kemalangan

JOHOR BAHARU: Seorang tukang masak maut selepas kereta Wira yang dipandunya berlanggar dengan sebuah kereta Vios di Jalan Permas Barat pada malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Liew Wei Liang, 20, yang dalam perjalanan ke pusat bandar dari arah Pasir Gudang, rentung apabila keretanya terbakar akibat pelanggaran itu.

Mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Ismail.

"Pemandu kereta Vios itu seorang wanita berusia 43 tahun patah pinggang dan kini dirawat di Hospital Pakar Regency Pasir Gudang," kata beliau kepada pemberita pada majlis smbutan ulang tahun ke-44 Pasukan Kor Kadet Polis di sini, Isnin.

Sementara itu seorang remaja dijumpai mati di dalam longkang di Jalan Songket 4, Taman Sentosa awal pagi semalam.

"Pemuda itu yang bekerja sebagai tukang besi dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan melarikan diri sebelum terjatuh ke dalam longkang," kata Sulaiman.

Beliau mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat. 


Artikel Lain