MAS mengumumkan perkara ini kepada Bursa Malaysia pada Selasa.
Petisyen terhadap syarikat penerbangan nasional itu dan juga Boeing Company, pengeluar pesawat berkenaan, difailkan di Mahkamah AS baru-baru ini.
MAS menerima salinan petisyen itu pada 27 Mac.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada 8 Mac dan hilang dari skrin radar kira-kira sejam kemudian semasa terbang di Laut China Selatan.
Pesawat B777-200 dijadualkan tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada yang hari yang sama.
Operasi mencari melibatkan pelbagai negara digerakkan bagi menjejaki pesawat, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor - koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.