suria

Pekerja Restoran Warga Myanmar Ditemui Mati Dengan Kesan Kelar

Gambar hiasan.
KAJANG: Seorang lelaki warga Myamar ditemui mati dengan kesan kelar di bahagian leher, di belakang sebuah restoran di Jalan Temenggung 19/9, Bandar Mahkota Cheras, pada Isnin malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superitendan Abul Ghani Mohd Ji berkata, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan mengerikan oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada kira-kira pukul 8.15 malam.

Mangsa dikenali sebagai Gin Sian Hku.

"Dia mungkin diserang oleh seorang atau dua orang senegaranya ekoran satu pergaduhan," katanya.

Abdul Ghani menambah bahawa pisau berukuran enam inci ditemui berhampiran mayat.

"Pisau itu bukan senjata yang digunakan oleh penyerang. Siasatan mendapati pada waktu kejadian, mangsa dipercayai seorang pekerja di restorang sedang membersihkan ikan.

"Tangannya dipenuhi dengan sisik-sisik ikan, yang menunjukkan dia mungkin diserang ketika sedang bekerja.

"Kita percaya mangsa mungkin cuba untuk melindungi dirinya dengan melarikan diri beberapa meter," katanya.

Abdul Ghani berkata, polis sedang memburu penyerang dan menggesa mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Mayat itu kemudiannya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Artikel Berikut

Artikel Lain