suria

Tian Chua Mungkin Tarik Diri Tanding Jawatan No.2 PKR

Tian Chua.
KUALA LUMPUR: Penyandang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata beliau mungkin menarik diri dalam persaingan enam penjuru bagi merebut jawatan timbalan presiden sementara menunggu perbincangan dengan kepimpinan tertinggi parti itu.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Selasa, Ahli Parlimen Batu itu berkata, perbincangan perlu dilakukan sebagai langkah untuk mengurangkan persaingan dan membina kepimpinan yang kukuh di dalam parti.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan dilantik sebagai setiausaha agung parti sekiranya parti itu merasakan dirinya sesuai mengisi jawatan tersebut.

"Saya tidak akan menolak," katanya ketika ditanya sama ada beliau mengintai jawatan setiausaha agung, menggantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.


Artikel Lain