suria

Kes Culik Di Semporna: Polis Filipina Gerakkan Operasi Selepas Rakyatnya Diculik

Sekumpulan Polis Nasional Filipina membuat pemeriksaan keselamatan di Kampung Indanan, wilayah Sulu di Selatan Filipina. Foto EPA

KUALA LUMPUR: Operatif anti-penculikan dan unit maritim Polis Nasional Filipina diaktigkan berikutan kes penculikan membabitkan salah seorang rakyatnya di Singamata Resort berhampiran Semporna pada malam Rabu.

Kedutaan Filipina di sini, dalam satu kenyataan, mengesahkan bahawa penculikan wanita warganegaranya dipercayai berusia 40 tahun yang bekerja di kawasan itu, pada kira-kira pukul 10.30 malam Rabu.

"Atase polis Kedutaan dengan segera memerintahkan polis Filipina di kawasan berhampiran bagi kemungkinan penangkapan, sekiranya penjenayah dan mangsa dikesan dalam perjalanan mereka.

"Pihak berkuasa Filipina, terutamanya operatif anti-penculikan dan unit maritim Polis Nasional Filipina, secara aktif dan bekerjasama rapat dengan pihak di Malaysia untuk bertukar-tukar maklumat dan bertungkus-lumus dalam menyelesaikan kes tersebut dengan segera," kata kedutaan itu.

Penculikan itu yang hanya dua hari ulang tahun pertama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menyaksikan enam lelaki bersenjata menculik warga China berusia 29 tahun, Gao Hua Yun dari Shanghai, bersama dengan pekerja warga Filipina, Marcy Dayawan @ Mimi di Singamata Reef Resort di Semporna.

Pasukan keselamatan Malaysia meletakkan langkah berjaga-jaga sepenuhnya di sepanjang sempadan laut dengan selatan Filipina.

Polis Sabah masih belum membuat kenyataan rasmi mengenai kejadian itu tetapi Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek mengesahkan penculikan itu.











Artikel Lain