suria

Penganggur Ditemui Mati Lemas

Anggota bomba dan sukarelawan membawa keluar mayat Ching Kuan Peng (gambar kecil) dari sungai dia ditemui mati dekat Pekan Cina di Alor Setar.

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang merupakan penganggur, dipercayai menghidap kanser, ditemui mati lemas di sebuah sungai dekat Pekan Cina di sini.

Mayat Ching Kuan Peng, 51, ditemui terapung di sungai oleh dua pemancing yang mahu memancing di tepi sungai pada pukul 6 petang Sabtu.

Saksi, See Wai Pin, 30, berkata, dia ketika itu baru hendak meninggalkan sungai itu bersama rakannya, Lim Jia Li, 17, pada  pukul 6 petang berikutan cuaca hendak hujan ketika dia melihat satu objek terapung di atas air.

"Saya ingatkan ia adalah dahan kayu tetapi selepas melihat secara dekat, saya terkejut melihat mayat itu," kata See, yang segera menghubungi pihak berkuasa berhubung kejadian itu.a

Adik mangsa, Ching Kuan Nan, 48, berkata, dia tidak berjumpa dengan abangnya sejak Jumaat lalu.

"Saya biasanya berjumpa dengan dia dalam perjalanan ke tempat kerja pada waktu pagi tetapi saya tidak melihatnya pada Sabtu pagi," kata Kuan Nan, yang mengatakan abangnya pernah bekerja sebagai chef di Johor.

Kuan Nan berkata, dia tidak pasti sama ada abangnya cuba untuk membunuh diri kerana dia jarang berkomunikasi dengan abangnya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzman Mohd Jan berkata, keputusan akhir bedah siasat menunjukkan punca kematian adalah kerana lemas.

Kes itu diklasifiikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain