suria

Warga Myanmar Hilang Ketika Mandi Di Lombong

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar yang baru tiga hari tiba di negara ini dilaporkan lemas ketika sedang mandi bersama enam rakannya di  sebuah lombong di Kampung Pasir Ipoh, Bestari Jaya dekat sini, petang Selasa.

Mangsa berusia 27 tahun yang masih menganggur mandi bersama rakannya di lombong tersebut pada pukul 4.30 petang sebelum dilihat hilang dari permukaan air.

Berikutan itu, rakannya yang juga warga Myanmar kemudian membuat laporan polis pada pukul 10.30 malam sebelum Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bestari tiba pada 11.13 untuk melakukan kerja menyelamat.

Difahamkan, usaha menyelamat yang bermula pada pukul 11.30 malam terpaksa ditamatkan pada pukul 4.30 pagi Rabu apabila pihak berkuasa tidak mendapat sebarang petunjuk.

Malah, masalah kedalaman lombong yang melebihi 6 meter juga membataskan usaha menyelamat.

Operasi mengesan mangsa diteruskan pada pagi Rabu oleh unit skuba bomba dari Klang yang akan melakukan pencarian di dasar lombong.  

Bomba, Bestari, Myanmar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain