"Saya boleh sahkan bahawa kami akan berpindah apabila semuanya OK. Tak perlu bincangkan mengenainya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar sesi rundingan meja bulat Kepelbagaian dan Keterangkuman TalentCorp, di sini Rabu.
Mengulas pengumuman itu pada hari yang sama, AirAsia berkata semua operasi penerbangannya akan terus berpusat di LCCT, malah selepas 9 Mei.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengarahkan AirAsia supaya berpindah ke klia2 mengikut jadual, walaupun kerajaan, menerusi Malaysia Airports Holdings Bhd, bersedia mendengar dan berbincang dengan mereka jika ada sebarang masalah berhubung pemindahan itu.
AirAsia dijangka menyumbang kira-kira 80 peratus daripada trafik klia2.