KEPALA BATAS: Sekumpulan penduduk Pulau Pinang mengadakan bantahan di pasar Penaga di sini berhubung cadangan kenaikan tarif air di negeri itu. Kumpulan yang dikenali sebagai "Himpunan Anak-Anak Penaga" memegang sepanduk sambil mengedarkan risalah, turut melaungkan slogan menentang langkah kenaikan air pada Ahad. Keadaan lalu lintas begitu sesak di jalan yang sempit di kawasan bantahan itu apabila penunjuk perasaan memenuhi keseluruhan jalan. Kumpulan yang disertai kira-kira 30 orang itu kemudiannya berbaris sejauh 100 meter sebelum mereka bersurai.