Beliau berkata suspek berumur 46 tahun itu yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan kanak-kanak itu direman tujuh hari manakala mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak di sini untuk bedah siasat dan hasil bedah siasat itu dijangka diketahui pada Ahad.
"Jenayah ini amat menyedihkan dan bagi saya ini perbuatan orang tidak siuman. Polis masih menyiasat untuk menentukan sama ada suspek mengambil dadah atau tidak siuman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Pasukan Gerakan Udara PDRM di Padang Merdeka di sini Ahad.
Kejadian itu diketahui pada 9.45 malam Khamis lepas apabila polis menerima laporan tentang kematian mangsa di Hospital Simunjan.
Difahamkan mangsa tinggal dengan ibu saudaranya, seorang guru dan bapa saudaranya yang merupakan staf di sebuah sekolah di sini.
Mangsa merupakan murid prasekolah manakala ibunya dikatakan bekerja di Serian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membunuh, kata Muhammad Sabtu.