Polis sedang menyiasat sama ada lelaki tersebut adalah mereka yang berjaya melarikan diri dari serbuan dadah di kawasan tersebut malam Sabtu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata pihak berkuasa dimaklumkan oleh orang ramai mengenai mayat terapung dekat tasik berdekatan kuit Sri Siva Muneeswarar kira-kira pukul 5.30 petang.
Dua mayat dikeluarkan kira-kira pukul 6.15 petang manakala mayat ketiga ditemui pada pukul 8 malam.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, ketiga-tiga mangsa merupakan rakyat tempatan dan berusia dalam lingkungan 30-an.
Ketika ditemui kesemua mangsa berpakaian lengkap dan tiada sebarang tanda-tanda kecederaan di anggota badan.