suria

MH370: Robot Dalam Air Digunakan Untuk Kesan Pesawat

Peralatan Autonomous Underwater Vehicle digunakan untuk mengesan petunjuk baharu di Selatan Lautan Hindi berhubung kehilangan pesawat MH370 pada Isnin.

SYDNEY: Misi pencarian pesawat MH370 pada Isnin akan menggunakan robot bawah air untuk mengesan petunjuk baharu yang mampu merungkai persoalan selama ini.

Misi pencarian yang diketui oleh Australia yakin  akan menemui serpihan pesawat itu secepat mungkin selepas mengesan isyarat dipercayai kotak hitam di kawasan yang terletak kira-kira 1,670 kilometer dari Barat Laut Perth.

Berikutan itu, sebuah robot yang dinamakan sebagai 'Autonomous Underwater Vehicle' akan diturunkan ke dalam laut bagi mengesan bangkai pesawat dengan menggunakan sonar.

Dua kapal turut digunakan oleh skuad pencarian dengan satu daripadanya akan menarik pengesan isyarat ping yang berjaya mengesan isyarat dari kotak hitam seminggu lalu.

"Kerja pencarian akan diteruskan dengan menggunakan 'Autonomous Underwater Vehicle' dan kawasan pengesanan akan dikecilkan bagi memudahkan kerja pencarian itu," kata agensi keselamatan Australia dalam satu kenyataan.

Misteri kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal bukan sahaja mencetus persoalan yang gagal dirungkai setakat ini sebaliknya mencipta rekod kerja mencari dan menyelamat termahal dalam sejarah dunia.

Australia, MH370, MAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain