suria

Operasi Mencari Budak Lelaki 11 Tahun Terjatuh Ke Longkang Monsun Dijalankan

KUALA LUMPUR: Operasi sedang dijalankan bagi mencari seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang dihanyutkan air deras ketika cuba mendapatkan bola dari dalam longkang monsun berhampiran sekolah rendah di Kampung Melayu, Ampang pada Rabu.

Difahamkan Khairul Azrid Abdul Razak sedang bermain sepak takraw bersama rakan-rakannya pada kira-kira pukul 4 petang apabila bola berkenaan jatuh ke dalam longkang.

Rakannya, Mohd Mizal Muqyriz Mohd Tarmizi , 10, berkata Khairul cuba untuk mendapatkan bola tersebut apabila dia terjatuh ke dalam longkang.

"Saya memegang tangannya dan cuba menarik dia keluar tetapi dia dihanyutkan oleh air deras.

"Saya nampak dia terapung ke Sungai Ampang," katanya.

Ibu Khairul yang enggan dikenali berkata, Khairul kembali ke sekolah bagi menghadiri aktiviti kurikulum.

"Sebaik saya tiba di sekolah untuk menjemputnya pada waktu petang, saya terkejut melihat orang ramai berkumpul di sekitar longkang.

"Salah seorang daripada rakan Khairul kemudian memberitahu saya apa yang telah berlaku," katanya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada 4.25 petang dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

"Tindakan pertama terdiri daripada pasukan seramai lima anggota bomba," katanya.

Difahamkan kira-kira 15 pegawai polis dan 13 angota Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dihantar untuk membantu dalam usaha mencari dan menyelamat.


Artikel Lain