suria

Isu Bible: Tian Chua Gesa, PR-BN Adakan Dialog

Tian Chua.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menggesa pemimpin parti politik agar mengadakan dialog untuk menyelesaikan perbezaan Enakmen Agama Islam yang digunapakai setiap negeri di Malaysia. 

Wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata isu berkenaan tidak boleh diselesaikan oleh satu pihak sahaja kerana ia melibatkan isu kebebasan beragama di negara ini. 

"Isu ini tidak dapat diselesaikan oleh Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN) sahaja. Justeru kami menggesa pemimpin BN dan PR duduk semeja dan mencari jalan penyelesain untuk mencari langkah terbaik dalam menyelesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai kes ragut melibatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Bilik Gerakan Rukun Tetanggan Taman Rainbow, dekat Sentul pada Selasa.  

Sementara itu, Teresa pula meminta setiap pemimpin parti politik menyatakan pendirian mereka dalam isu berkenaan demi menjaga keharmonian kaum di negara ini. 

"Pemimpin BN atau PR perlu duduk semeja dan berbincang mengenai hal ini. Semua agama bercakap soal kasih sayang, hormat-menghormati antara satu sama lain. Ini kerana setiap orang bebas beribadat mengikut kepercayaan masing-masing," katanya. 


PBM hari ini menyatakan hasrat untuk berpindah dari Selangor dalam tempoh dua bulan ekoran insiden rampasan Al-Kitab oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Januari lalu.

Presiden PBM, Lee Min Choon dilaporkan berkata Wilayah Persekutuan menawarkan perlindungan hak agama minoriti lebih baik selaras dengan kewujudan “Resolusi 10 Perkara” isu kalimah Allah yang ditetapkan Kabinet.

Antara syarat resolusi tersebut termasuk kebenaran mengimport, mengguna dan mencetak Bible bahasa Melayu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain